Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia!

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama meneruskan satu hari lagi dalam menjalankan kehidupan di muka Bumi Allah dalam keadaan yang sihat wal'afiat. In Sha Allah, setiap detik yang berlalu kita isikan dengan amalan-amalan yang mulia, mengorbankan masa, tenaga dan harta demi Agama, Bangsa dan Negara moga-moga mendapat keredhaan dari Allah swt.

 

 

KIMMA memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan hala tuju modal insan masyarakat India Muslim di Malaysia pada masa hadapan. Setiap rakyat di negara ini tentunya mahukan sistem kehidupan terbaik demi menghasilkan pewaris negara yang mampu menangani cabaran dan saingan di peringkat global. Untuk itu, penambahbaikan secara berterusan adalah diperlukan bagi memastikan mutu kehidupan masyarakat India Muslim di Malaysia adalah setanding dengan masyarakat lain di negara ini. KIMMA dengan ini sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dan kritikan membina dari pelbagai pihak.

Mariah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat membangunkan sosioekonomi masyarakat India Muslim Malaysia.

Sekian. Wassalam.

DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SMW.DPNS.DNS.AMN.JP. 

PRESIDEN

KONGRES INDIAN MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)

 

 

   
     
     

 

ARKIB GALERI KIMMA

LAMAN UTAMA

PERUTUSAN YBHG. DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SMW,DPNS,DNS,AMN,JP                                              

 

                                                                                                                                                   

WAHAI MASYARAKAT BERSEMANGAT WAJA!

Salam Bahagia dari hati tulus ikhlas! Saya sangat gembira bertemu kalian dengan warkah yang baru ini. Syukur Alhamdulillah! Masyarakat India Muslim adalah masyarakat elit yang sangat disegani di bumi merdeka ini. Kita memiliki pegangan yang benar dan sejati. Tradisi dan budaya hidup kita tidak mengandungi sebarang ajaran, kepercayaan karut dan perbuatan idak bertamadun. Al-Quran, Al-Hadis dan ajaran para sahabat nabi telah menjelaskan kenyataan ini. Agama Islam menitikberatkan perpduan dalam kalangan umat Islam. Perpaduan telah banyak dipraktikkan di dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW di Kota Madinah lagi. Perpaduan dan kesatuan ini telah banyak memberi kejayaan dan melahirkan sejarah yang tersendiri. Kita mempunyai modal kehidupan yang banyak untuk diteladani dari umat terdahulu. Kejayaan dunia dan akhirat pasti menjadi milik kita sekiranya kita hidup berlandaskan modal dan teladan tersebut berkat hidayah dari Allah SWT. Tetapi kini, umat Islam sedang tewas di seluruh dunia. Kita berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kejian dari seluruh dunia. Mengapa dan siapa yang menjadi dalang keadaan ini? Baca seterusnya>>>

 

 

PERHIMPUNAN AGUNG KIMMA KALI KE-41
 

 

 

BANTUAN HARI RAYA KIMMA WILAYAH PERSEKUTUAN



MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

13 Nov 2018

MESYUARAT KHAS BERSAMA UMNO PULAU PINANG

Georgetown, 13 Nov 2018 - Barisan Exco Badan Perhubungan KIMMA Negeri Pulau Pinang bersama YBhg. Datuk Seri Hj Syed I...

Selanjutnya
27 Oct 2018

PERHIMPUNAN AGUNG KIMMA KALI KE-41

Nilai, 27 Oktober 2018 - KIMMA telah menjalankan Perhimpunan Agung KIMMA kali ke-41 yang dirasmikan oleh YB. Datuk Se...

Selanjutnya
20 Oct 2018

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM PERCUMA

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2018 - KIMMA Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar SPM secara perc...

Selanjutnya
Papar Semua