MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014

     Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 merupakan majlis penganugerahan kepada pelajar cemerlang India Muslim kali ke-4 yang telah dianjurkan oleh Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) dengan kerjasama Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA). Majlis ini telah dijalankan dengan jayanya pada 12hb April 2014 di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana seramai 265 orang pelajar India Muslim menerima anugerah pada hari tersebut.

      Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak India Muslim di seluruh Malaysia yang mendapat A dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan STPM, SPM, PMR dan UPSR bagi tahun 2013. Mereka merupakan permata bangsa yang akan digilap bagi menjadi pemimpin pada masa hadapan. Menyedari hakikat itu, YAKIN dan KIMMA akan terus memberi perhatian yang khusus terhadap perkembangan pendidikan anak-anak India Muslim. Majlis ini juga adalah sebagai galakan kepada masyarakat India Muslim terutama ibu bapa agar menekankan aspek pembelajaran kepada anak-anak mereka terutama dari segi akademik dan agama. Akademik dan agama perlu berjalan seiring bagi memupuk nilai-nilai murni di kalangan anak-anak terutama di kalangan India Muslim. Setiap kejayaan yang dicapai amat penting bagi pembangunan Negara, Bangsa dan Agama.

     Anugerah yang telah disampaikan pada hari tersebut terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM & STPM. YAKIN juga telah memberikan beberapa Anugerah Khas pada hari tersebut iaitu Anugerah Khas Keluarga Cemerlang 2014, Anugerah Khas Pelajar Cemerlang STPM 2014, Anugerah Khas Pelajar Cemerlang SPM 2014, Anugerah Khas Negeri - Pencapaian Tertinggi Pelajar Cemerlang 2014 dan Anugerah Khas Menghafaz 30 juzu' al-Quran.

     Anugerah pertama yang disampaikan ialah Anugerah Khas Keluarga Cemerlang 2014. Anugerah ini telah diberikan kepada Encik Shaik Saffarudin Bin Yahaya dan Puan Mahbobah Binti S P Kassaly. Mereka merupakan ibu bapa kepada 3 orang pelajar cemerlang bagi tahun ini. Pihak YAKIN berbesar hati memberikan sumbangan cek berjumlah  RM 2,000.00. Pelajar-pelajar tersebut ialah :

                                                              i.      Muhammad Asif Bin Shaik Saffarudin UPSR 5A

                                                            ii.      Muhammad Asim Bin Shaik Saffarudin PMR 8A

                                                          iii.      Muhammad Raees Bin Shaik Saffarudin SPM 9A

     Anugerah kedua yang disampaikan ialah Anugerah Khas Pelajar Cemerlang STPM 2014. Beliau telah diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM 2013 Seluruh Malaysia Bagi Kategori Luar Bandar. Anugerah ini telah disampaikan kepada saudari Nurul Syuhadah Binti Yakath Ali kerana beliau telah memperolehi keputusan yang sangat cemerlang iaitu PNGK 4.00.

     Anugerah ketiga yang disampaikan ialah Anugerah Khas Pelajar Cemerlang SPM 2014.  Anugerah ini telah disampaikan kepada saudari Amira Shaza Binti Mohamed Yunus kerana beliau telah memperolehi keputusan yang sangat cemerlang iaitu 10A+.

     Anugerah seterusnya yang disampaikan ialah Anugerah Khas Negeri – Pencapaian Tertinggi Pelajar Cemerlang 2014. Anugerah ini adalah julung kali diadakan dan diberi kepada negeri yang memperolehi jumlah pencapaian pelajar cemerlang tertinggi. Negeri Pulau Pinang telah dipilih kerana telah memperolehi seramai 94 orang pelajar cemerlang. Anugerah ini telah disampaikan kepada Pengerusi Negeri Pulau Pinang Tuan Hj.Faruk Bin V.Raju Mohamed.

     Anugerah kelima yang disampaikan ialah Anugerah Khas Menghafaz 30 Juzu' Al-Quran. Anugerah ini disampaikan kepada 3 orang Pelajar Tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Hirah Teluk Pulai Klang, Selangor iaitu saudari Wahidah Husna Binti Hamid Sultan, Taslimah Tahirah Binti Mohd Yusof dan Maajidah Binti Hamid Sultan.

     Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang bermula dengan pelajar UPSR seramai 85 orang,  dengan hadiah berupa sijil penghargaan, 1 Buku ‘As-Syamail Al-Muhammadiyah-Keanggunanmu Ya Rasullah’ dan wang tunai RM300.00. Seterusnya, pelajar PMR seramai 119 orang dengan hadiah berupa berupa sijil penghargaan, 1 Buku ‘As-Syamail Al-Muhammadiyah-Keanggunanmu Ya Rasullah’ dan wang tunai RM500.00. Bagi pelajar SPM dan STPM seramai 61 orang, mereka menerima hadiah berupa sijil penghargaan, 1 Buku ‘As-Syamail Al-Muhammadiyah-Keanggunanmu Ya Rasullah’ dan sebuah komputer riba DELL. 

     Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 telah dianjurkan dengan jayanya. Para pelajar yang telah menerima anugerah dan para ibu bapa yang hadir telah meluahkan rasa gembira dan bangga di atas kesungguhan YAKIN untuk memberikan penghormatan kepada mereka di atas pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM. Para hadirin berharap agar usaha YAKIN untuk memberikan keutamaan dalam bidang pendidikan khususnya masyarakat India Muslim dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.


Balik ke Galeri


Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua