PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

20 Jul 2016

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden KIMMA, YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader berpendapat bahawa penubuhan parti baharu itu tiada hala tuju dan matlamat yang jelas.  Tambahnya lagi, suatu masa dahulu Tun M merupakan pemimpin negara dan ikon yang dihormati dan disegani oleh rakyat Malaysia. Namun, penglibatan Tun M dalam arena politik negara akhir-akhir ini dilihat lebih kepada kepentingan peribadi.

 

Gandingan Tun M dengan parti pembangkang PKR, DAP dan PAN dalam pakatan baharu untuk menentang UMNO/BN dilihat sebagai tindakan yang tidak relevan dan nyanyuk. Sepanjang tempoh pentadbiran Tun M selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO/BN, beliau merupakan individu yang lantang menetang kepimpinan dan pentadbiran parti pembangkang terutamanya DAP. Maka, tindakan Tun M berpaling tadah dan mahu bekerjasama dengan parti yang suatu ketika dahulu adalah musuh merupakan ‘silap langkah’ yang hanya merosakkan prinsip yang beliau pegang selama ini sekaligus menjatuhkan kredibiliti, kepimpinan dan imej yang beliau bina selama lebih daripada 20 tahun. Tindakan Tun M juga akan menimbulkan rasa curiga dalam kalangan parti pembangkang terhadap motif beliau menyertai parti pembangkang secara melulu.

 

Datuk Seri Syed Ibrahim juga berpendapat bahawa Tun M sepatutnya perlu berehat pada usianya yang mencecah 91 tahun kerana penglibatan beliau dalam politik negara tidak lagi mampu memberikan manfaat kepada rakyat. Beliau juga berharap agar Tun M tidak memecah belahkan bangsa Melayu demi kepentingan peribadi beliau.



Balik ke Berita dan Artikel


Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua