PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

20 Jul 2016

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengenai pemberian duit raya oleh UMNO/BN, mahupun umat Islam yang menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia adalah merupakan satu rasuah.  Beliau menyatakan kekesalan terhadap Ahli Parlimen Taiping itu yang mempertikaikan soal tradisi yang mana telah turun-temurun diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.  Beliau juga turut menyatakan pandangan bahawa umat Islam di Malaysia sesekali tidak pernah pun menyentuh sensitiviti adat dan tradisi agama lain yang mana turut memberi angpau / duit sebagai hadiah mahupun saguhati kepada tetamu yang hadir datang meraikan perayaan.  Beliau berpendapat bahawa Nga Kor Ming mahupun mana-mana parti tiada hak untuk menghina kesucian Agama Islam mahupun mana-mana agama di negara ini.



Balik ke Berita dan Artikel


Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

03 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM PORT DICKSON

Port Dickson, 3 Mei 2018 - Hari ini merupakan Hari Lawatan Kerja Presiden KIMMA ke Negeri Sembilan dan Melaka. P...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM LURAH BILUT

Lurah Bilut, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader hari ini turun padang ke negeri Pahang. B...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM CHEROH

Cheroh, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA telah mengadakan lawatan kerja ke PDM Cheroh, Pahang hari ini untuk melihat perke...

Selanjutnya
Papar Semua