PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA KEDUTAAN SRI LANKA

13 Mar 2018

Kuala Lumpur, 13 Mac 2018 - Satu perjumpaan bersama Duta Sri Lanka, H.E. A. J. M. Muzammil telah diadakan pada jam 10.30 pagi tadi untuk menyampaikan memorandum kepada Presiden Sri Lanka. Perjumpaan telah dihadiri oleh Datuk Seri Syed Ibrahim, Presiden KIMMA bersama-sama Tuan Sabarudin, Pengerusi IMIM; Haji Tajudin, Pengerusi PERMIM; Dato' Najamudeen, Pengerusi Liga Muslim Pulau Pinang; Tuan Razali, Pengerusi PPMM; Tuan Nadhi dari Sri Lanka Muslim Society dan Tuan Harisrajudin, Timbalan Presiden KIMMA.

Memorandum disampaikan bagi menyatakan keprihatinan terhadap umat Islam di Sri Lanka dan permohonan agar kerajaan Sri Lanka mengambil langkah diplomasi dan proaktif bagi membela hak umat Islam di Sri Lanka. Duta Sri Lanka, H.E. A.J.M. Muzammil juga telah berkongsi tentang situasi sebenar yang berlaku di Sri Lanka dan langkah yang telah diambil oleh kerajaan Sri Lanka bagi menjaga keselamatan rakyat Sri Lanka terutamanya umat Islam di sana.



Balik ke Berita dan Artikel


Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

13 Nov 2018

MESYUARAT KHAS BERSAMA UMNO PULAU PINANG

Georgetown, 13 Nov 2018 - Barisan Exco Badan Perhubungan KIMMA Negeri Pulau Pinang bersama YBhg. Datuk Seri Hj Syed I...

Selanjutnya
27 Oct 2018

PERHIMPUNAN AGUNG KIMMA KALI KE-41

Nilai, 27 Oktober 2018 - KIMMA telah menjalankan Perhimpunan Agung KIMMA kali ke-41 yang dirasmikan oleh YB. Datuk Se...

Selanjutnya
20 Oct 2018

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM PERCUMA

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2018 - KIMMA Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar SPM secara perc...

Selanjutnya
Papar Semua