PRK N.24 SEMENYIH

02 Mar 2019

Semenyih, 2 Mac - Barisan Nasional sekali lagi telah memenangi pilihanraya kecil, kali ini di Semenyih selepas kemenangan di Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu. Kemenangan Barisan Nasional di Semenyih membuktikan bahawa rakyat tidak boleh digula-gulakan dengan janji-janji manis yang tidak boleh ditunaikan. Rakyat tidak lagi akan diperdayakan oleh PH dan perkara ini terbukti melalui kemenangan BN kali ini. Sokongan rakyat terhadap BN membuktikan bahawa pentadbiran PH tidak berjaya membawa transformasi seperti yang dijanjikan sebelum PRU 14 yang lalu.

Sepanjang tempoh berkempen di Semenyih, jentera pilihanraya KIMMA terutamanya dari Selangor telah turut sama turun padang membantu calon Barisan Nasional menjalankan kerja-kerja kempen. KIMMA juga telah mendapatkan senarai nama pemilih dalam kalangan India Muslim yang berada di Semenyih bagi mengenalpasti kecenderungan mereka sekali gus membantu kempen calon Barisan Nasional. Alhamdulillah berkat kesungguhan semua jentera pilihanraya yang terlibat, BN telah memenangi PRK di Semenyih.



Balik ke Berita dan Artikel


Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

13 Apr 2019

PRK N.27 RANTAU, NEGERI SEMBILAN

Rantau, 13 April 2019 - Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Utama Hj Mohamad bin Hasan (Tok Mat) telah memenangi Pilih...

Selanjutnya
02 Mar 2019

PRK N.24 SEMENYIH

Semenyih, 2 Mac - Barisan Nasional sekali lagi telah memenangi pilihanraya kecil, kali ini di Semenyih selepas kemena...

Selanjutnya
26 Jan 2019

PRK P. 78 CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands, 26 Jan - Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi di Parlimen Cameron Highlands pada hari ini s...

Selanjutnya
Papar Semua