PROGRAM/AKTIVITI

TAHUN 2016

 

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN INDIA MUSLIM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Majlis Tilawah Al-Quran India Muslim KIMMA Peringkat Negeri Sembilan kali ke-16 Tahun 2016/1438H telah diadakan pada 23 Oktober 2016 bertempat di Pusat Dakwah Islam Paroi, Seremban. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Presiden KIMMA dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Kamal Amran, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta Ahli Majlis Tertinggi KIMMA Kebangsaan. Pihak Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masing-masing telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan. Cek telah diterima oleh Tuan Haji Syed Mohd Ali di majlis ini.

 

 

MESYUARAT KHAS PRESIDEN KIMMA BERSAMA JAWATANKUASA KIMMA NEGERI SEMBILAN & KETUA-KETUA BAHAGIAN & CAWANGAN

Pada 8 Oktober 2016 bermula jam 2.30 petang, YB. Senator Datuk Seri Syed Ibahim bin Kader, Presiden KIMMA telah menghadiri Mesyuarat Khas Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan. Mesyuarat telah diadakan di Pejabat KIMMA Negeri Sembilan bersama Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri, EXCO KIMMA Negeri dan juga Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan KIMMA Negeri Sembilan. Turut menghadiri mesyuarat adalah Tuan Hussein, Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan dan Tuan Ghazali, Timbalan Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan.

 

 

MESYUARAT AGUNG KIMMA CAWANGAN GUGUSAN PALONG

Tuan Hj Syed Ali, Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KIMMA Cawangan Gugusan Palong pada hari Ahad, 2 Oktober 2016. Turut hadir Hj Chaiku Maiden Setiausaha KIMMA Negeri Sembilan, Ketua Wanita KIMMA Negeri Sembilan Pn Ashirah, Ketua Pemuda En Jamal, dan En Khairul EXCO Pemuda KIMMA Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada En Sahul Hamid yang dilantik menjadi Ketua Cawangan dan juga kepada AJK yang dilantik.

 

KURSUS INTENSIF PRU KE-14

Kursus Intensif PRU 14 anjuran KIMMA Negeri Sembilan bersama Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sembilan telah diadakan pada 24 September 2016 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Perasmian penutup telah dilancarkan oleh YB Dato Hasim Rusdi, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.

 

 

MESYUARAT EXCO BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI SEMBILAN

EXCO KIMMA Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan hal-hal berkaitan pesediaan dan persiapan Majlis Tilawah Al-Quran India Muslim Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 23 Oktober 2016. Mesyuarat dijalankan pada 23 September 2016.

 

IBADAH QURBAN BAHAGIAN JEMPOL

Seekor lembu sumbangan YAKIN telah dikorbankan pada 13hb September 2016.⁠⁠⁠ Daging qorban tersebut telah diagihkan kepada 4 cawangan iaitu cawangan Serting Hilir, cawangan Ladang Geddes, cawangan Lui Selatan dan cawangan Bahau. Setiap agihan daging diberikan kepada setiap wakil cawangan untuk diagihkan kepada ahli-ahli cawangan tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Qariah Madrasah Silatulrahim Ladang Geddes kerana membantu sepanjang proses penyembelihan dan pengagihan daging tersebut.

 

IBADAH QURBAN MASJID LAMA NILAI

Ibadah Qurban di Masjid Lama Nilai dengan kerjasama KIMMA Cawangan Nilai telah dijalankan pada 12hb September 2016 dan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada penyumbang Dato Hamid Pv, Dato Abdul Hakim serta para penyumbang lain. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli KIMMA Cawangan Nilai dan AJK Masjid Lama Nilai yang terlibat. Pihak Masjid Lama Nilai telah menyediakan makan tengahari untuk 150 orang dan telah mengedarkan 250 bungkusan daging.

 

IBADAH QURBAN BAHAGIAN REMBAU

Seekor lembu sumbangan YAKIN telah dikorbankan pada 12hb September 2016. YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Presiden KIMMA telah hadir ke majlis Ibadah Qurban tersebut bersama Pn Rohaini, Ketua Puteri KIMMA Kebangsaan dan Dr Hjh Shamsiah Shamsiah Banu, Ketua EduKIMMA Kebangsaan. YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bersama Tn Kamaladin, Ketua KIMMA Bahagian Rembau juga telah meluangkan masa mengagihkan daging Qorban.

 

 

MAJLIS MALAM PENGHARGAAN

YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Presiden KIMMA telah menghadiri jemputan ‘Majlis Malam Penghargaan KIMMA Negeri Sembilan’ di Restoran Teratai Seafood, Seremban 2 untuk merasmikan majlis tersebut. Majlis ini telah dianjurkan oleh Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan pada 10hb September 2016 bagi memberikan penghargaan kepada  Jawatankuasa KIMMA yang telah memberikan bakti dan sumbangan kepada parti KIMMA. Hadiah penghargaan telah diberi kepada penerima pingat tahun 2015 dan 2016, Dato Hj Mohd  Akbar dan Dato Abd Hakim dan juga penghargaan ‘Jasamu Dikenang’ kepada 3 ahli KIMMA. Majlis juga telah memberi anugerah kepimpinan KIMMA Negeri Sembilan kepada saya. Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri KIMMA Kebangsaan telah menyampaikan satu penghargaan 'surprise' kepada Tn Hj Syed Mohd Ali, Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan. Pergerakan Pemuda KIMMA juga telah menerima cenderahati daripada Dato Haji Mohd Akbar - Pegawai Khas YB. Presiden bagi program Konvoi Kembara Malaysiaku Gemilang yang telah berjaya dijalankan baru-baru ini. Penghargaan ini adalah untuk memberikan semangat dan galakan kepada Pemuda-pemuda KIMMA.

 

 

TILAWAH AL-QURAN INDIA MUSLIM BAHAGIAN REMBAU

KIMMA Bahagian Rembau telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran India Muslim peringkat Bahagian Rembau pada 4hb September 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Syed Mohd Ali Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan. Turut hadir adalah tetamu khas, Dato Hj Mohd Akbar Pegawai Khas kepada Presiden KIMMA, Pn Rohaini Ketua Pergerakan Puteri KIMMA Kebangsaan dan ahli Exco KIMMA Negeri Sembilan. Tahniah kepada Ketua KIMMA Bahagian Rembau, Tuan Kamaladin dan Jawatankuasa KIMMA Bahagian Rembau.

 

 

PERBARISAN KEMERDEKAAN BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI SEMBILAN

KIMMA Negeri Sembilan telah menyertai Perbarisan Merdeka yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda KIMMA Negeri Sembilan iaitu saudara Zamrul bin Ibrahim di Padang MPS. Seramai 120 orang ahli KIMMA telah mengambil bahagian.

 

 

PROGRAM JEJAK PERPADUAN MERDEKA

Ketua KIMMA Bahagian Teluk Kemang, Tuan Haji Sidek serta Jawatankuasa KIMMA Bahagian Teluk Kemang telah menghadiri Program 'Jejak Perpaduan Merdeka' pada 28 ogos 2016 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

 

PROGRAM JELAJAH DAKWAH

Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan, Tuan Hj Syed Ali serta barisan Pimpinan KIMMA Negeri Sembilan, En Kamaladin Samsudin Pengerusi Madrasah Al Hidayah Seramban Jaya, En.Tajudin Pengerusi KIMMA Cawangan Angsamas telah terlibat bagi menjayakan Program Jelajah Dakwah Di Taman Angsamas pada 27hb Ogos 2016.

 

PENERIMAAN CEK SUMBANGAN BANTUAN PEMBINAAN MADRASAH INDIA MUSLIM AL-HIDAYAH

Ribuan terima kasih diucapkan YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan,  Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah memberikan sumbangan untuk pembinaan Madrasah India Muslim Al-Hidayah, Taman Seremban Jaya. Penerimaan cek dihadiri oleh En Kamaladin Timbalan Setiausaha KIMMA Negeri Sembilan, Encik Mohd Kassim, Ketua Penerangaan KIMMA Negeri Sembilan, Puan Ashirah Ketua Wanita KIMMA Negeri Sembilan, En Jamaludin, Ketua Pemuda KIMMA Negeri Sembilan, En Sulaiman EXCO KIMMA Negeri Sembilan pada 24 Ogos 2016 di pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

 

 

MAJLIS KEMBARA MERDEKA DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAERAH JEMPOL - 16 OGOS 2016

 

 

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN - 13 OGOS 2016

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 13hb Ogos 2016 di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson. Tuan Haji Syed Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan telah menerima bendera Malaysia daripada YAB Menteri Besar di majlis tersebut. Turut sama hadir meraikan majlis tersebut ialah Jawatankuasa KIMMA Bahagian Teluk Kemang.

 

 

MENZIARAH & MEMBANTU IBU TUNGGAL

Tuan Haji Syed Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan bersama Puan Ashirah, Ketua Wanita KIMMA Negeri Sembilan dan team Biro Kebajikan Bahagian Rasah menziarahi keluarga arwah Salman yang meninggal di Taman Angsamas Ahad lepas. Mereka melawat puan Anita isteri arwah, bersama 4 orang anak berumur 10, 8, 6 dan 3 tahun yang tinggal di Taman Rasah Jaya serta memberi kata-kata semangat dan sedikit sumbangan untuk keluarga puan Anita pada 9hb Ogos 2016 jam 6.00 petang.

 

MESYUARAT AGUNG KIMMA CAWANGAN TEMIANG

Mesyuarat Agung KIMMA Cawangan Temiang telah diadakan 7hb Ogos 2016 pada pukul 10.30 pagi bertempat di Pejabat Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan. Mesyuarat telah dihadiri oleh 28 orang ahli KIMMA Cawangan Temiang dan Ahli Jawatankuasa baru telah dibentuk melibatkan orang lama dan baru. Syabas dan tahniah kepada En. Mohd bin Ahmad Shah, Ketua KIMMA Cawangan Temiang dan Barisan ahli jawatankuasa dan ahli KIMMA Cawangan Temiang. Tuan Ibrahim Haji Mohd Musa, Ketua KIMMA Bahagian Seremban telah merasmikan mesyuarat.

 

 

MESYUARAT EXCO PERGERAKAN PEMUDA KIMMA NEGERI SEMBILAN

Mesyuarat EXCO Pemuda KIMMA Negeri Sembilan kali ke-3 telah diadakan pada 7hb Ogos 2016 di pejabat Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan yang dihadiri oleh 21 orang Pemuda KIMMA Negeri Sembilan. Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan, Tuan Haji Syed Mohd Ali Bin Syed Mohamed, dan dirasmikan oleh Tuan Harisrajudin Bin Alaudin, Ketua Pemuda KIMMA Kebangsaan. Sesi terakhir mesyuarat juga diserikan dengan kehadiran Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Tuan Azharuddin Bin Shujauddin yang berjanji memberi sokongan padu kepada pemuda KIMMA Negeri Sembilan di dalam ucapan beliau.

 

 

 

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI TUAN KAMALADIN & PUAN ASHIRAH

Majlis rumah terbuka Tn. Kamaladin Ketua Bahagian KIMMA Rembau dan isteri Pn. Ashirah Ketua Wanita KIMMA Negeri Sembilan. Tetamu khas YBhg Tn. Hj. Syed Mohd Ali Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan, YB Tn. Ghazali ADUN Paroi, Dato Norhayati ADUN Kuala Pilah merangkap Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Dato Hj Mohd Akbar Pegawai Khas KIMMA, Pn. Gan So May Ketua Wanita MCA Bahagian Rembau serta ahli exco Wanita dan Pemuda KIMMA Negeri Sembilan 6 Ogos 2016 di Senawang Sri Marcosa.

 

 

 

HARI KOPERASI NEGARA

Tuan Hj Syed Mohd Ali, Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan, Tuan Hj Chaiku, Setiausaha KIMMA Negeri Sembilan dan  Puan Ashirah, Ketua Wanita KIMMA Negeri Sembilan telah menghadiri Hari Koperasi Negara pada 5 Ogos 2016 peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Hari Koperasi Negara telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. KIMMA Bahagian Kuala Pilah dan Bahagian Jempol telah terlibat membuka gerai Koperasi Ukhwah Muslim Jempol Kuala Pilah Berhad yang mempromosi makanan segera berkhasiat.

 

 

TAKLIMAT TERTUTUP ISU SEMASA

Barisan Nasional Negeri Sembilan telah mengadakan Taklimat Tertutup Isu Semasa berkaitan Kenyataan 'Department of Justice (DOJ) United States' pada 1 Ogos 2016 bertempat di The Royale Bintang Seremban. Perasmian telah dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Jawatankuasa Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan telah menghadiri undangan tersebut.

 

 

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ADUN AMPANGAN

Jawatankuasa KIMMA Bahagian Seremban telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh ADUN Ampangan pada 31 Julai 2016.

 

 

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ADUN LINGGI

Jawatankuasa KIMMA Bahagian Linggi telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh ADUN Linggi pada 31 Julai 2016.

 

 

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PEKERTI NEGERI SEMBILAN

Tuan Haji Syed Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan, bersama EXCO KIMMA Negeri Sembilan telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PEKERTI Negeri Sembilan. Tetamu Kehormat adalah YAB Dato Seri Haji Mohamad MBNS. Majlis telah berlangsung di Dewan PEKERTI Negeri Sembilan pada 27 Julai 2016. Turut hadir adalah Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sembilan, Dato' Hashim Rusdi.

 

 

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI KETUA BAHAGIAN UMNO TAMPIN

Jawatankuasa KIMMA Bahagian Tampin telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ketua Bahagian UMNO Tampin pada 23 Julai 2016.

 

 

PERSEDIAAN PRU KE-14

Tuan Haji Syed Mohd Ali Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan bersama Setiausaha dan Bendahari KIMMA Negeri Sembilan telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah JASA Negeri Sembilan, Tuan Mustapha Nagoor bagi membincangkan persiapan PRU 14 pada 19hb Julai 2016 bertempat di pejabat JASA Negeri Sembilan.

 

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN BELIA & SUKAN

Pada 16 Julai 2016, saudara Jamaludin, Ketua Pemuda KIMMA Negeri Sembilan bersama EXCO Pemuda KIMMA Negeri Sembilan telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau. Turut hadir ke majlis ini adalah Tuan Kamaladin Timbalan Setiausaha KIMMA Negeri Sembilan.

 

 

PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADHAN KIMMA NEGERI SEMBILAN

Biro Kebajikan KIMMA Negeri Sembilan telah mengadakan Program Ziarah Kasih Ramadhan pada 3 Julai 2016 bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini bertujuan untuk menyampaikan sumabngan bantuan berbentuk barangan dapur selain mengeratkan tali silaturrahim dengan golongan asnaf, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya. Sebanyak 20 buah keluarga telah menerima bantuan ini. Semoga dengan sumbangan ini, sambutan Hari Raya mereka akan lebih bermakna.

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA

Masjid Rahmania dengan kerjasama KIMMA Cawangan Bahau telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya pada 1 Julai 2016 bertempat di Masjid Rahmania.

 

 

AGIHAN BUBUR LAMBUK KIMMA CAWANGAN LINGGI

KIMMA Cawangan Linggi, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk pada 30 Jun 2016. Sebanyak 400 bungkusan bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai di sekitar kawasan Linggi dan sekolah berhampiran. 

 

 

AGIHAN JUADAH BERBUKA PUASA DI INSTITUT PEMULIHAN DADAH DAN PENJARA JELEBU

Tuan Kamaldin Ketua  Cawangan Seremban Selatan  bersama Puan Ashirah, Ketua Wanita KIMMA Negeri Sembilan dan  Tuan Jamalludin Ketua Pemuda KIMMA Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pengagihan Juadah Berbuka Puasa khususnya kepada kakitangan yang bertugas pada sesi petang di Institut Pemulihan Dadah dan Penjara Jelebu Negeri Sembilan. Program telah diadakan pada 30 Jun 2016 dan berjalan dengan jayanya berkat doa semua. Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Institut Pemulihan Dadah dan Penjara Jelebu Negeri Sembilan di atas kerjasama yang diberikan.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA KIMMA NEGERI SEMBILAN

Syukur Alhamdulillah, pada 29hb Jun 2016 bersamaan 24 Ramadhan 1437H Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan dengan kerjasama Madrasah India Muslim Al-Hidayah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Bantuan Hari Raya dari Yayasan Kemajuan Islam Nasional. YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim, Presiden KIMMA telah merasmikan serta menyampaikan bantuan kepada 65 keluarga yang kurang berkemampuan. Majlis telah berjalan dengan jayanya berkat doa semua.

 

LAWATAN KE MADRASAH INDIA MUSLIM AL-HIDAYAH, SEREMBAN - 29 JUN 2016

YB. Senator Datuk Seri SyedIbrahim bin Kader telah melawat Madrasah India Muslim al-Hidayah Seremban semalam 29 Jun 2016. Alhamdulillah madrasah ini telah siap sepenuhnya berkat doa dan sumbangan dari Yayasan Kemajuan Islam Nasional dan orang ramai. Terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa madrasah dan juga orang ramai yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan madrasah ini siap.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Meneri Besar Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 20 Jun 2016 di Kediaman Rasmi Menteri Besar. KIMMA telah diberikan penghormatan oleh beliau melalui jemputan yang dihantar kepada Jawatankuasa Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan. Terima kasih YAB. Dato' Seri di atas penghargaan yang diberikan kepadda KIMMA.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA KOMUNITI 1 MALAYSIA

Majlis Berbuka Puasa Komuniti 1 Malaysia telah diadakan pada 26 Jun 2016 pukul 6.30 petang di Masjid India Muslim Kuala Pilah. Majlis ini adalah anjuran Masjid India Muslim Kuala Pilah bersama KIMMA Bahagian Kuala Pilah.  Perasmian majlis telah dijalankan oleh pegawai khas Tuan Rais bin Naim mewakili  YB. Dato Norhayati binti Omar, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap  ADUN Pilah. Tahniah kepada Tuan Haji Syed Mohd Ali, Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan, Ketua Bahagian Kuala Pilah serta Pengerusi  Masjid  India Muslim Kuala Pilah. 

 

 

MAJLIS IFTAR & DOA SELAMAT PEMBUKAAN MADRASAH INDIA MUSLIM AL-HIDAYAH - 25 JUN 2016

 

MAJLIS BUKA PUASA & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA MASJID INDIA MUSLIM SEREMBAN

Satu Majlis Doa Selamat dan Iftar sempena pembukaan kembali madrasah bersama dengan Tuan Haji Syed Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan  bersamaan dengan 25 Jun 2016  di Madrasah India Muslim Al- Hidayah, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan. TAHNIAH kepada  Pengerusi Madrasah India Muslim Al- Hidayah  Tuan KAMALADIN merangkap Timbalan Setiausaha KIMMA  Negeri Sembilan serta AJK madrasah

 

 

TILAWAH AL-QURAN INDIA MUSLIM PERINGKAT BAHAGIAN SEREMBAN

Majlis Tilawah Al Quran peringkat KIMMA Bahagian Seremban telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Syed Mohd Ali, Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan pada hari Ahad, 25 September 2016 di Surau Hj Musa Seremban Selatan. Tahniah pada tuan Ibrahim Bin Haji Musa Ketua Bahagian KIMMA Seremban dan AJK Bahagian KIMMA Seremban.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU NURUL HIDAYAH

Satu Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Tuan Haji Syed Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan telah diadakan pada 23 Jun 2016 di Surau Nurul Hidayah (F) Jelai 3, Gemas, Negeri Sembilan. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi surau, Tuan Abdul Kasim, AJK KIMMA Negeri Sembilan serta AJK surau.

 

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KIMMA CAWANGAN SEREMBAN - 12 JUN 2016

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK-ANAK YATIM

Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda KIMMA Negeri Sembilan pada 2 Julai 2016  bermula jam 6.00 petang. Penganjur turut mengundang tetamu khas, Ustaz Mohd Farid Ravi bin Abdullah serta Tuan Abdul Kassim AKB, Timbalan Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan dan Tuan Mohd Kassim, Ketua Penerangan KIMMA Negeri Sembilan.

 

 

 

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH JEMPOL - 8 MEI 2016

Pertandingan Tilawah Al Qur’an India Muslim Peringkat Daerah Jempol anjuran KIMMA Bahagian Jempol dengan kerjasama Masjid Rahmania Bahau pada 8 Mei 2016 dirasmikan oleh Tuan  Hj Syed Mohd Ali Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA NSDK.

 

 

 

JELAJAH DAKWAH

Jelajah Dakwah anjuran Biro Dakwah KIMMA Negeri Sembilan dengan kerjasama Surau Sayyidina  Ali dan Kimma Cawangan Mantin telah diadakan di Surau Sayyidina Ali Taman Semarak 2, pada 4 Mei 2016 jam 6.00 petang. Program yang dijalankan adalah bacaan Surah Yaasin, tahlil, zikir, solat Magrib, tazkirah & solat Isyak. Program ini telah dipimpin oleh Ustaz Umar Bin Bawa, Imam 1, Masjid Rahmania Bahau dan turut hadir, Tuan Haji Syed Mohd Ali, Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan.

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KIMMA CAWANGAN NILAI - 16 APRIL 2016

 

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KIMMA CAWANGAN PEKAN KUALA PILAH - 25 MAC 2016

 

 

MESYUARAT KHAS KIMMA NEGERI SEMBILAN BERSAMA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN - 22 MAC 2016

Perjumpaan Khas Tn.Hj. Syed Mohd Ali, Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan dan Ahli EXCO KIMMA Negeri Sembilan bersama Yang Amat Berhormat Dato Seri' Utama Hj. Mohamad Bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Bertempat di Kelana Resort pada 22 Mac 2016 jam 3.30ptg
Tetamu khas: YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim, Presiden KIMMA Malaysia.

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KIMMA CAWANGAN GEMENCHEH - 7 MAC 2016

 

 



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua