PROGRAM/AKTIVITI

TAHUN 2016

 

MESYUARAT KHAS PRESDIEN KIMMA BERSAMA JAWATANKUASA BADAN PERHUBUNGAN KIMMA W.P. KUALA LUMPUR

YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Presiden KIMMA telah mengadakan mesyuarat khas bersama semua Jawatankuasa KIMMA W.P. Kuala Lumpur serta Ketua-ketua Bahagian & Ketua-ketua Cawangan KIMMA WPKL pada 8hb Oktober 2016 bermula jam 9.00 malam. Mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Hussein, Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan, Tuan Mohamed Ghazali, Timbalan Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan dan YBhg. Dato' Anuar Sadad, Pegawai Khas kepada Presiden KIMMA.

 

 

MESYUARAT KIMMA CAWANGAN KAMPUNG BARU & SUMBANGAN BANTUAN HARI RAYA

KIMMA Cawangan Kampung Baru telah mengadakan mesyuarat pada 3 Julai 2016 di Pejabat Badan Perhubungan KIMMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Mohamed Ghazali, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sumbangan Bantuan Hari Raya telah disumbangkan oleh Tuan Ashraf selepas mesyuarat tamat.

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA KIMMA W.P. KUALA LUMPUR

Yayasan Kemajuan Islam Nasional dengan kerjasama Badan Perhubungan KIMMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Sumbangan Hari Raya & Berbuka Puasa pada 26 Jun 2016. Majlis Berbuka Puasa turut ditaja oleh Malik Sreams Corporation Sdn Bhd dan Hidayah Maju Catering. Penyampaian bantuan telah disampaikan oleh YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Presiden KIMMA dan diiringi oleh Tuan Mohamed Ghazali, Pengerusi KIMMA WPKL, YBhg. Dato' Malik, CEO Malik Streams Corporation dan YBhg. Dato' Anuar Sadad, Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan. Majlis telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat KIMMA, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Seramai 20 orang penerima layak mendapat Bantuan Hari Raya.

 

 

AGIHAN BUBUR LAMBUK KIMMA BAHAGIAN BUKIT BINTANG SEMPENA RAMADHAN

KIMMA Bahagian Bukit Bintang bersama Badan Perhubungan KIMMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengagihkan bubur lambuk di Bazar Ramadhan di kawasan Bukit Bintang pada 26 Jun 2016

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA KIMMA W.P. KUALA LUMPUR BERSAMA MALIK STREAMS CORPORATION SDN BHD

Malik Streams Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Badan Perhubungan KIMMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Sumbangan Hari Raya kepada golongan kurang berkemampuan di perkarangan Ibu Pejabat KIMMA, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 25 Jun 2016. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Anuar Sadad, Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan sebagai tetamu khas.

 



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua