PROGRAM/AKTIVITI

TAHUN 2016

 

MESYUARAT KHAS PRESIDEN KIMMA BERSAMA BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI SELANGOR

YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader telah menghadiri Mesyuarat Khas bersama Badan Perhubungan KIMMA Negeri Selangor pada 9 Oktober 2016. Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj Abdul Wahith, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Selangor, EXCO KIMMA Negeri Selangor dan juga Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan KIMMA Negeri Selangor. Turut menghadiri mesyuarat adalah Tuan Hussein, Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan.

 

 

PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA

KIMMA Bahagian PJU telah menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO BAHAGIAN PJU yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Zamry Abdul Kader, Menteri Besar Perak merangkap Ahli MT UMNO bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang semalam, Hari Ahad, 21hb Ogos 2016 di Dewan Unitar, Kelana Jaya.
Majlis telah dihadiri oleh Puan Nor Shafeena, Ketua Wanita KIMMA Bahagian PJU & Saudara Akbar Mubarak, Ketua Pemuda KIMMA PJU yang telah mewakili Tuan Hussein Ketua Bahagian KIMMA PJU. Tuan Hussein sempat bergegas untuk menyertai majlis selepas tamat Majlis Perasmian Kedai Yakin Halal Mart di Bandar Baru Bangi.
Tahniah dan syabas kepada YBhg Datuk Ikhwan Salim Sujak, Ketua Bahagian UMNO PJU & Saudara Shaikh Harun, Setiausaha UMNO Bahagian PJU kerana telah berjaya menganjurkan persidangan perwakilan bahagian dan Terima Kasih kerana telah menjemput Jawatankuasa KIMMA Bahagian PJU.

 

 

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI YBHG. DATUK ABDUL HAMID PV

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman YBhg Dato Abdul Hamid PV & YBhg Datin Hajaran telah diadakan pada 6hb Ogos 2016. Tetamu Kehormat YB Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader bersama Datin Seri Khatijah, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka YB Ibraheem, Timbalan Presiden KIMMA YBhg Datuk Muhseen Smj, Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan, Tuan Hussein Jamal, Ketua Pergerakan Puteri KIMMA Kebangsaan, Puan Rohaini Syed Ibrahim, Pegawai Khas kepada Presiden KIMMA, YBhg  Dato' Anuar Sadad & YBhg Dato Haji Mohamad Akbar, Ketua Penerangan KIMMA Kebangsaan, Saudara Arrabath Ali, Presiden MIMCOIN YBhg Dato Jamarulkhan, YBhg Dato' Mohd Ismail Pengerusi KIMMA Negeri Pahang, Timbalan Pengerusi KIMMA Negeri Selangor Tuan Haji Mohamad Rafi, Ustaz Haji Kambam Peer Mohd, KB KIMMA Hulu Langat Tuan Shaik Mohd dan ramai lagi tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis.

 

 

MESYUARAT JAWATANKUASA BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI SELANGOR

Satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan KIMMA Negeri Selangor pada 26 Julai 2016 bersama semua Jawatankuasa KIMMA Negeri Selangor bersama-sama dengan Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Cawangan KIMMA Negeri Selangor.

 

 

IFTAR RAMADHAN JENTERA PRK SUNGAI BESAR

Syukur Alhamdulillah, pada 30 Jun 2016, YBhg. Datuk Haji Abdul Wahith, Pengerusi KIMMA Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Iftar sebagai penghargaan kepada team PRK Sungai BESAR dan EXCO KIMMA Selangor. Majlis telah diadakan di  Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam.

 

AGIHAN JUADAH BUKA PUASA KEPADA KAKITANGAN AGENSI KERAJAAN DI SHAH ALAM

KIMMA Negeri Selangor telah menjalankan Program Agihan Juadah Berbuka Puasa dalam usaha menghargai jasa Kakitangan Awam Dan Anggota Keselamatan di kawasan sekitar Shah Alam yang telah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. YBhg. Datuk Haji Abdul Wahith, Pengerusi KIMMA Selangor telah menyerahkan juadah berbuka puasa kepada Kakitangan Agensi-agensi Kerajaan seperti Imigresen Dan PDRM semalam pada 30 Jun 2016. Turut hadir ialah Tuan Harisrajudin, Ketua Pemuda KIMMA Kebangsaan dan Tuan Iqbal, Ketua Penerangan KIMMA Negeri Selangor.

 

 

PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA KIMMA SELANGOR

Pada 28 Jun 2016, Yayasan Kemajuan Islam Nasional dengan kerjasama Badan Perhubungan KIMMA Negeri Selangor telah menyampaikan Bantuan Hari Raya di Pejabat KIMMA Negeri Selangor. Seramai 26 pemohon yang layak telah menerima bantuan tersebut. Bantuan diberikan adalah berbentuk wang tunai RM100 dan barangan dapur berjumlah RM100.

 

PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA BAHAGIAN SERDANG

Satu majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan oleh KIMMA Bahagian Serdang pada 22 Jun 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Harisrajudin, Ketua Pemuda KIMMA Kebangsaan. Turut memeriahkan majlis ialah Tuan Ishak, Ketua Bahagian Serdang serta semua Jawatankuasa KIMMA Bahagian Serdang.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA KIMMA BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA (PJU)

Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Hari Raya telah diadakan pada 26 Jun 2016 anjuran bersama Madrasatul Hajjah Zubaidah, KIMMA BAHAGIAN Petaling Jaya Utara (PJU) & Persatuan Kebajikan Wanita 1Malaysia.
Tetamu Jemputan : YBhg Dato Abdul Hamid PV Abdu, Pengarah Urusan Kumpulan Ehsan,
Penceramah Jemputan : Ustaz Sol Amuthu Haji Kambam Peer Mohd Baqawi.
Seramai 50 penerima sumbangan, 3 Ustaz dan hampir 200 anak -anak diraikan di Majlis yang diadakan buat kali ke-3 bersama. Terima Kasih kepada para penyumbang Ehsan Group of Companies, SMS Deen Jewels, Tuan Shaik - Restoran Al Unnaz PJ, Sayidah Flour Mill, Restoran ABC, Tuan Asraf Ali, Pasar Mini Tasrima dan lain-lain penderma yang telah menyumbang barangan runcit dan makanan. Wang tunai telah disumbang Kumpulan Ehsan keseluruhannya. Majlis turut dihadiri Tuan Hussein Jamal selaku Timbalan Setiausaha Agung KIMMA & Ketua Bahagian KIMMA PJU, YBhg Datuk Abdul Mutalif, Naib Ketua Bahagian UMNO PJS, Puan Nor Shafeena selaku Pengerusi WANIM, Puan Nor Ain Presiden Revert Sisters Unity dan ramai lagi tetamu hadir menyerikan majlis. Semoga segala amalan diberkati Allah swt. In Sha Allah.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA & PEMYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA KIMMA BAHAGIAN PETALING JAYA SELATAN (PJS)

KIMMA Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dengan kerjasama Surau Ar-Rahmaniyya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Bantuan Hari Raya pada 26 Jun 2016. Bantuan Hari Raya telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Wahith, Naib Presiden KIMMA merangkap Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Selangor di perkarangan Surau Ar-Rahmaniyya. Turut menghadiri majlis adalah Tuan Harisrajudin, Ketua Pergerakan Pemuda KIMMA Kebangsaan.

 

KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P093 SUNGAI BESAR OLEH JENTERA PILIHANRAYA KIMMA NEGERI SELANGOR

 



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua