PROGRAM/AKTIVITI

TAHUN 2018

 

MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

KIMMA Bahagian Sungai Siput Utara telah menganjurkan Program Pemimpin Bersama Rakyat - Bersama Warga India Muslim yang dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohd Zolkafly bin Hj Harun, Adun Lintang merangkap Penyelaras BN Parlimen Sungai Siput. Program diadakan pada 24 Mac 2018, jam 7.30 malam di Wisma UMNO Sungai Siput.

 

 

PELANCARAN JENTERA WANITA BN PERAK

Pergerakan Wanita KIMMA Negeri Perak telah menghadiri Program Pelancaran Jentera Wanita BN Negeri Perak pada 18 Mac 2018, Ahad bermula jam 8.00 pagi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Alhamdulillah, Wanita KIMMA Negeri Perak telah dijemput turut serta dan diberikan penghormatan untuk berada di Pentas Utama Barisan Kepimpinan Wanita BN Negeri Perak, YAB Menteri Besar Perak dan Tan Sri Shahrizat.

 

 

MESYUARAT JENTERA PILIHANRAYA BN PARLIMEN TAMBUN

Mesyuarat Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Parlimen Tambun telah dipengerusikan oleh YB Dato Hj Aminudin Hanafiah, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tambun merangkap Adun Hulu Kinta pada 17 Mac 2018 bermula jam 4.00 petang di Bilik Mesyuarat Pejabat BN Tambun. Ketua Bahagian KIMMA Tambun, Tuan Mansoor Ali telah turut menyertai mesyuarat ini bagi bersama-sama bersiap-siaga menghadapi PRU 14. KIMMA Bahagian Tambun turut mendapat pujian kerana telah menghantar senarai nama pengundi India Muslim di Tambun.

 

 

KUNJUNGAN KE PEJABAT BN PARLIMEN SUNGAI SIPUT

Tuan Nazerul Khan, Pengerusi KIMMA Negeri Perak dan EXCO KIMMA Bahagian Sungai Siput telah mengunjungi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Sungai Siput merangkap ADUN Lintang pada 13 Mac 2018. Tujuan perjumpaan adalah bagi membincangkan gerak kerja bagi menghadapi PRU 14 serta kerjasama antara BN dan KIMMA Bahagian Sungai Siput. EXCO KIMMA yang hadir turut menerima baju korporat BN selepas tamat kunjungan.

 

 

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA BN PARLIMEN TAMBUN

Exco KIMMA Bahagian Tambun telah menghadiri Perlancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Parlimen Tambun yang diketuai oleh YB Dato Aminudin Hanafiah, Adun Hulu Kinta. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak pada 24 Februari 2018 jam 5.00 petang, Kolej Sains Kesihatan Ulu Kinta, Perak.

 

 

TAHUN 2016

MESYUARAT KHAS PRESIDEN KIMMA BERSAMA KETUA-KETUA CAWANGAN, BAHAGIAN & JAWATANKUASA KIMMA NEGERI PERAK - 22 OKTOBER 2016

 

 

PERASMIAN PROGRAM USTAZ - 22 OKTOBER 2016

 

 

PERLAWANAN BOLA SEPAK ANTARA KIMMA PERAK FC DAN KELAB TKM PERAK - 9 OKTOBER 2016

 

 

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DI KEDIAMAN RASMI YAB MENTERI BESAR PERAK - 29 SEPTEMBER 2016

 

PROGRAM USTAZ - 1 OKTOBER 2016

 

PENUBUHAN PASUKAN BOLA SEPAK KIMMA PERAK - KIMMA PERAK FC - 24 SEPTEMBER 2016

 

MAJLIS AGAMA DI KEDIAMAN RASMI YAB MENTERI BESAR PERAK - 1 SEPTEMBER 2016

 

 

AMANAT MERDEKA YAB. PERDANA MENTERI 2016 DI PWTC - 30 OGOS 2016

 

PENYAMPAIAN LEMBU QORBAN SUMBANGAN DARI YAB. MENTERI BESAR PERAK KEPADA MASJID INDIA TAIPING - 31 OGOS 2016

 

 

KIMMA NEGERI PERAK MENAMPILKAN PENCERAMAH INDIA MUSLIM SEMASA SESI CERAMAH DI RUMAH YAB MENTERI BESAR PERAK - 25 OGOS 2016

 

 

PENERIMAAN LEMBU QORBAN DARI YAB MENTERI BESAR PERAK UNTUK 5 UAH MASJID & 3 MADRASAH INDIA MUSLIM

 

 

PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI KHAS YAB MENTERI BESAR PERAK - 25 OGOS 2016

 

 

MAJLIS MAKAN MALAM AHLI PARLIMEN TAMBUN - 13 OGOS 2016

 

JAWATANKUASA KIMMA NEGERI PERAK MENGHANTAR PM KE LAPANGAN TERBANG IPOH - 9 OGOS 2016

 

MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG, TAIPING, BAGAN SERAI, PARIT BUNTAR & PERGERAKAN WANITA, PEMUDA & PUTERI - 7 OGOS 2016

 

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2016 ANJURAN KIMMA KEBANGSAAN DENGAN KERJASAMA BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI PERAK

 

MESYUARAT KHAS PRESIDEN KIMMA BERSAMA EXCO BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI, BAHAGIAN & JAWATAN

 

BANTUAN HARI RAYA ANJURAN KIMMA BAHAGIAN TAIPING - 3 JULAI 2016

 

 

MAJLIS BUKA PUASA & PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSATUAN KEBAJIKAN KOMUNITI INDIA MUSLIM

Yayasan Kemajuan Islam Nasional telah meluluskan sumbangan bantuan NGO sebanyak RM3,000.00 kepada Persatuan Kebajikan Komuniti India Muslim, Perak. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Amir Hamzah, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Perak pada 26 Jun 2016 diikuti dengan majlis berbuka puasa pada hari yang sama.

 

AGIHAN BUBUR LAMBUK KIMMA BAHAGIAN TAIPING - 26 JUN 2016

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN YAKIN KEPADA PERSATUAN KEBAJIKAN KOMUNITI INDIA MUSLIM - 26 JUN 2016

 

MAJLIS IFTAR & SUMBANGAN BANTUAN HARI RAYA ANJURAN YAKIN DENGAN KERJASAMA KIMMA NEGERI PERAK & D.S. JEWELLERS

Majlis Iftar & Sumbangan Bantuan Hari Raya anjuran KIMMA Negeri Perak, Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) dan D.S Jewellers Ipoh telah diadakan pada 30 Jun 2016 jam 6.30 petang di Perkarangan Pejabat KIMMA Negeri Perak. Seramai 500 orang dari seluruh bahagian telah hadir. KIMMA Perak telah mengagihkan bantuan dan duit raya dari YAKIN, serta duit raya sumbangan dari DS Jewellers, Dato Amaluddin Md Ismail. Sumbangan turut diberikan kepada 5 keluarga sikh, 7 keluarga India, 3 Cina Muslim, 2 keluarga Cina dan 11 keluarga Melayu yang kurang berkemampuan dan kurang upaya. Bantuan ini telah disampaikan oleh Tuan Amir Hamzah, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Ngeri Perak.

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA & BANTUAN HARI RAYA KIMMA BAHAGIAN LUMUT

Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 28 Jun 2016 di Restoran DJ Bistro anjuran Pengerusi PKMMP dengan kerjasama KIMMA Bahagian Lumut dan KIMMA Cawangan Sitiawan. Selain itu, bantuan turut dihulurkan kepada golongan OKU dan saudara baru Islam. Majlis ini turut menjemput tetamu khas, YBhg. Dato' Orang Besar Jajahan Manjung.

 

 

SUMBANGAN BANTUAN YAYASAN BINA UPAYA DENGAN KERJASAMA KIMMA NEGERI PERAK

Tuan Amir Hamzah, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Perak bersama EXCO KIMMA Negeri Perak bergotong-royong memunggah dan menghantar kotak makanan daripada Yayasan Bina Upaya untuk disampaikan kepada keluarga yang memerlukan. Selepas selesai, semua EXCO menghadiri majlis Berbuka Puasa yang ditaja oleh Pengerusi KIMMA Perak dan Setiausaha Politik Negeri Perak pada 27 Jun 2016

 

 

 

PERASMIAN CAWANGAN IPOH TIMUR

Penubuhan cawangan Ipoh Timur telah dirasmikan oleh Tuan Amir Hamzah, Pengerusi KIMMA Negeri Perak pada 26 Jun 2016. Turut hadir ialah barisan EXCO KIMMA Negeri Perak. Tahniah diucapkan kepada Abdul Rahman Ketua Cawangan KIMMA Ipoh Timur yang baru.

 

 

MENGURUSKAN BANTUAN KEBAJIKAN 2 ORANG WARGA EMAS OLEH BIRO KEBAJIKAN KIMMA NEGERI PERAK - 24 JUN 2016

 

 

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA KEMENANGAN BN DI KUALA KANGSAR

Jentera PRK P067 Kuala Kangsar KIMMA Perak telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan iftar pada 21 Jun 2016 bagi kemenangan BN di dalam PRK yang lepas. Majlis ini telah dianjurkan oleh Biro Penerangan KIMMA Negeri Perak.

 

 

LAWATAN KE PUSAT-PUSAT MENGUNDI DI KUALA KANGSAR DI HARI PEMILIHAN - 18 JUN 2016

 

 

MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHANRAYA KIMMA PRK 067 KUALA KANGSAR - 17 JUN 2016

 

LAWATAN KE MASJID PUSING KUALA KANGSAR - 17 JUN 2016

 

LAWATAN RUMAH KE RUMAH DI KUALA KANGSAR

 

 

MESYUARAT KHAS BN BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI DI KUALA KANGSAR - 12 JUN 2016

 

 

LAWATAN KE RUMAH YBHG. DATIN MASTURA, CALON BN DI KUALA KANGSAR - 12 JUN 2016

 

 

KIMMA NEGERI PERAK TURUN PADANG DI KUALA KANGSAR - 11 JUN 2016

 

 

PM MELAWAT BILIK GERAKAN KIMMA DI KUALA KANGSAR - 11 JUN 2016

 

 

 

 

 



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

03 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM PORT DICKSON

Port Dickson, 3 Mei 2018 - Hari ini merupakan Hari Lawatan Kerja Presiden KIMMA ke Negeri Sembilan dan Melaka. P...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM LURAH BILUT

Lurah Bilut, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader hari ini turun padang ke negeri Pahang. B...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM CHEROH

Cheroh, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA telah mengadakan lawatan kerja ke PDM Cheroh, Pahang hari ini untuk melihat perke...

Selanjutnya
Papar Semua