PERUTUSAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER

Salam Bahagia dari hati tulus ikhlas! Saya sangat gembira bertemu kalian dengan warkah yang baru ini. Syukur Alhamdulillah! Masyarakat India Muslim adalah masyarakat elit yang sangat disegani di bumi merdeka ini. Kita memiliki pegangan yang benar dan sejati. Tradisi dan budaya hidup kita tidak mengandungi sebarang ajaran, kepercayaan karut dan perbuatan idak bertamadun. Al-Quran, Al-Hadis dan ajaran para sahabat nabi telah menjelaskan kenyataan ini. Agama Islam menitikberatkan perpduan dalam kalangan umat Islam. Perpaduan telah banyak dipraktikkan di dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW di Kota Madinah lagi. Perpaduan dan kesatuan ini telah banyak memberi kejayaan dan melahirkan sejarah yang tersendiri. Kita mempunyai modal kehidupan yang banyak untuk diteladani dari umat terdahulu. Kejayaan dunia dan akhirat pasti menjadi milik kita sekiranya kita hidup berlandaskan modal dan teladan tersebut berkat hidayah dari Allah SWT. Tetapi kini, umat Islam sedang tewas di seluruh dunia. Kita berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kejian dari seluruh dunia. Mengapa dan siapa yang menjadi dalang keadaan ini?

Sambungan dari halaman utama :

Kebanyakan Umat Islam di dunia ini tidak bersatupadu dan mempunyai pemikiran yang satu. Sifat hasad dengki, saing-menyaingi, fitnah memfitnah dan kutuk-mengukut kian berleluasa di kalangan kita. Sifat-sifat tersebut bukanlah sifat yang sihat untuk sesebuah masyarakat. Sabda Rasulullah SAW, "Seorang Muslim yang sempurna adalah seorang yang memiliki sifat yang mulia, Muslim yang memiliki sifat sebaliknya tidak akan memasuki syurga." Umat Islam harus menerapkan sifat yang mulia di dalam pemikiran, pertuturan, penglihatan, penulisan dan perbuatan berpandukan hadis Nabi tersebut. Masyarakat India Muslim Malaysia merupakan masyarakat yang mewarisi budaya mulia sejak turun-temurun. Kita perlu sentiasa berusaha mengekalkan tradisi tersebut supaya ianya dapat diwarisi generasi akan datang. Pertama sekali, kita perlu mempunyai niat yang ikhlas. Kita harus sentiasa ingat akan Sabda Rasulullah SAW, "Setiap perbuatan ditentukan oleh niat kita." Dewasa kini, perbuatan kutuk-mengutuk dan fitnah-memfitnahtelah menjadi amalan harian kebanyakan pihak. Perbutan memfitnah dan sifat munafik telah menjadi lumrah kehidupan tanpa mengira kesahihan dan kebenaran sesuatu perkara. Khususnya KIMMA yang merupakan satu-satunya parti politik tunggal di negara ini seringkali menjadi sasaran tohmahan dan kritikan masyarakat India Muslim di negara ini tanpa memikirkan kebaikan dan kepentingannya kepada masyarakat. Pelbagai tohmahan dilemparkan melalui media massa seperti akhbar dan laman sosial.

 

Banyak pihak yang mempertikaikan pengagihan dana dari kerajaan dengan menuduh bahawa berlaku penyelewengan di dalam pengagihan dan penyaluran dana tersebut. Kita mempunyai bukti dan laporan terperinci mengenai segala perbelanjaan menerusi dana yang disalurkan kerajaan kepada Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN). Laporan tersebut boleh diteliti dan dioeriksaoleh sesiapapun yang ingin mengetahuinya. Banyak NGO dan persatuan melemparkan pelbagai tuduhan melulu terhadap operasi YAKIN. Organisasi berkenaan juga turut menerima dana dan sumbangan dari kerajaan untuk pelbagai tujuan tetapi tiada yang tampil menyoal atau membangkitkan mengenai dana milik mereka. Semua pihak harus sedar bahawa YAKIN bukan satu entiti yang boleh dipandang remeh atau rendah oleh sesiapa. YAKIN mempunyai matlamat yang suci untuk berkhidmat dan menjagakeperluan masyarakat India Muslim di Malaysia. Pihak yang sentiasa melemparkan fitnah dan tuduhan liar harus sedar bahawa segal perbutan kita diperhatikan oleh Allah SWT.

 

Segelintir individu yang hidup 'Bagai Daging Dalam Duri' di dalam masyarakat kita mengekang penyatuan ummah dan menjadi benteng kepada pembangunan masyarakat kita. Dana dan sumbangan dari kerajaan yang sepatutnya menjadi hak kita kekadang terbantut keran perbutan tidak bertanggungjawab segelintir pihak. Ada juga pihak yang menjadi tali barut bangsa dengan mengutus surat layang kepada kerajaan yang menyebabkan beberapa keputusan menjurus kepada pembangunan masyarakat tidak dapat dijalankan di peringkat pelaksanaan. Sejarah Islam telah memahatkan bahawa perbuatan munafik yang ditonjolkan beberapa pihak ketika zaman Rasulullah SAW telah banyak membantut dan memberi kesan kepada usaha dakwah yang dijalankan Baginda. Golongan sedemikian yang digelar munafik akan lahir di setiap zaman. Golongan ini akan merencanakan agenda peribadi mereka untuk melihat perpecahan dalam kalangan masyarakat dan mengekang segala usaha yang dijalanka demi pembangunan masyarakat. Mereka akan terus cuba mengambil kesempatan di dalam situasi tertentu 'Bagai Menangguk di Air yang Keruh'  dan akan menguasai sekelompok masyarakat untuk kepentingan mereka. Golongan sedemikian harus dikenalpasti, dipinggirkan dan agenda mereka mesti ditewaskan. "Wahai Nabi! Berhijadlah terhadap orang kafir dan munafik, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat kembali mereka adalah neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali," al-Quran 66-9.

 

Kesedaran mengenai kepentingan politik dan kehidupan bermasyarakt masih amat berkurangan dalam kalangan masyarakat kita. Golonganelit terutamanya yang berpendidikan tinggi masih ramai yang mengenepikan diri dari kehidupan sosial ini. Tidak kurang juga yang menggunakan kesibukan kerja dan urusan kehidupan seharian sebagai alasan untuk bertindak sedemikian. Mereka langsung tidak menghiraukan masa depan generasi akan datang. Jika situasi ini berterusan, apa yang akan berlaku kepada masyarakat kita? Sila fikirkan sejenak dengan rasa penuh hiba dan bertanggunjawab.

 

Golongan yang suka mengkritik harus memikirkan apa yang akan terjadi jika pemimpin yang memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat mula meninggalkan khidmat mereka dan kembali kepada urusan masing-masing. Pujian yang diperoleh seseorang individu berkat usaha dan kebijaksanaannya adalah kecil berbanding pujian yang diperoleh oleh sesebuah masyarakat, secara langsung akan menaikkan martabat setiap individu yang tergolong di dalam kelompok masyarakat tersebut. Kita haruslah sentiasa menaikkan imej masyarakat kita melalui percakapan, penulisan, budaya dan indakan kita. Kita harus sentiasa fokus kepada matlamat dan objektif hidup kita. Kita tidak perlu menghiraukan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan segelintir pihak yang tidakbertanggungjawab. Allah SWT dan golongan yang beriman mengetaui dengan jelas segala niat dan tindakan kita. Perjalanan kita adalah perjalanan suci yang hanya memberi keutamaan kepada kejayaan masyarakat dan generasi akan datang. Golongan munafik akan sentiasa dilaknati Allah SWT dan mendapat balasan kepada perbuatan terkutuk mereka.

 

Wahai saudara-saudari yang dikasihi sekalian! Saya telah banyak berkongsi keluhan hati saya melalui platform ini. KIMMA merupak medan perjuangan yang terbaik. Saya menyeru anda semua untuk tampil berdamping dengan KIMMA. Marilah kita bersatu di bawah payung KIMMA yang satu dan berusaha sedaya upaya menegakkan hak kita di bumi bertuah  ini. KIMMA adalah milik kita bersama. Mari beramai-ramai bersama keluarga sertai KIMMA dan menuju kejayaan demi Agama, Bangsa, dan Tanahair tercinta. Sehingga bertemu kembali. In Sha Allah!  Wassalam!



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua