PENUBUHAN KIMMA

Kongres Indian Muslim Malaysia atau lebih sinonim dengan panggilan KIMMA, telah ditubuhkan pada tahun 1976. KIMMA telah didaftarkan sebagai Parti Politik dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada tahun 1976 di bawah Akta Persatuan 1966. Mesyuarat pertama penubuhan KIMMA telah diadakan di Restoran Rajah, No 333, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

 

Perkataan KIMMA merupakan singkatan Kongres Indian Muslim Malaysia. KIMMA ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat India Muslim agar suara India Muslim didengari oleh kerajaan. KIMMA merupakan satu pertubuhan yang khusus untuk India Muslim yang bersuara lantang memperjuangkan kepentingan masyarakat India Muslim dalam bidang politik, agama, sosial, ekonomi dan pendidikan. Sejak penubuhannya, KIMMA telah membuka banyak cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia dan terkini, KIMMA mempunyai 12 buah pejabat di 12 buah negeri di Malaysia.

 

Definisi KIMMA menurut Kamus Dewan adalah;

 

K      - KONGRES:

Menurut takrifan diperoleh daripada Kamus Dewan edisi ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya) untuk membangun sesuatu isu

 

I       - INDIAN:

Masyarakat India Muslim yang dahulunya berasal dari India

 

M      - MUSLIM:

Masyarakat India Muslim yang beragama Islam

 

MA    - MALAYSIA:

Masyarakat India Muslim yang menjadi warganegara Malaysia

 

 

Sejak awal penubuhan KIMMA, ramai pemimpin telah silih berganti menerajui KIMMA. Pada tahun 1998, Tuan Haji Mohameed Haniffa bin Haji Mohamad Yusoff telah mengambil alih kepimpinan KIMMA sebagai Presiden, dan semenjak itu, perubahan demi perubahan yang ketara dapat dilihat terutamanya penubuhan banyak cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah.

 

Pada Jun 2006, Dato’ Syed Ibrahim bin Kader telah mengambil alih kepimpinan KIMMA sebagai Presiden daripada Tuan Haji Mohameed Haniffa bin Mohamad Yusoff yang terpaksa berundur diri kerana masalah kesihatan. Sebagai Presiden yang ketujuh, langkah pertama yang telah diambil beliau adalah untuk menyatupadukan kembali ahli KIMMA daripada konflik perpecahan sesama sendiri. Langkah pertama ini telah berjaya menyatupadukan kembali ahli-ahli KIMMA dan ini merupakan satu kejayaan ahli KIMMA khususnya masyarakat India Muslim.

 

Setelah mengharungi satu perjuangan yang panjang yang dipenuhi pelbagai halangan dan rintangan, KIMMA akhirnya telah diterima sebagai ahli gabungan UMNO, sekaligus memberi pengiktirafan kepada KIMMA sebagai satu-satunya parti politik yang mewakili masyarakat India Muslim di Malaysia pada 27 Ogos 2010. Semenjak penggabungan dengan UMNO, KIMMA terus berkembang pesat dan keahlian KIMMA meningkat hampir 3 kali ganda kepada 180 ribu ahli, dan terkini keahlian dalam parti KIMMA telah mencecah bilangan 285,786 orang.

 

Tanggal 30 Mei 2011 menyaksikan satu sejarah penting telah tercatat dalam sejarah negara Malaysia dan juga KIMMA apabila Presiden KIMMA, YB Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader dilantik menjadi Ahli Dewan Negara yang pertama bagi masyarakat India Muslim, dan seterunya beliau sekali lagi telah diberikan penghormatan dan kepercayaan untuk menjadi Ahli Dewan Negara buat penggal kedua pada 30 Mei 2014. KIMMA juga telah mendapat satu penghormatan berharga apabila Presiden KIMMA telah dianugerahkan darjah Kebesaran SMW (Setia Mahkota Wilayah) yang membawa gelaran Datuk Seri. Penganugerahan darjah kebesaran memberikan makna yang sangat mendalam buat KIMMA kerana penganugerahan ini secara tidak langsung mengiktiraf misi dan visi perjuangan KIMMA dan telah membakar semangat ahli-ahli KIMMA untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.

 



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

13 Nov 2018

MESYUARAT KHAS BERSAMA UMNO PULAU PINANG

Georgetown, 13 Nov 2018 - Barisan Exco Badan Perhubungan KIMMA Negeri Pulau Pinang bersama YBhg. Datuk Seri Hj Syed I...

Selanjutnya
27 Oct 2018

PERHIMPUNAN AGUNG KIMMA KALI KE-41

Nilai, 27 Oktober 2018 - KIMMA telah menjalankan Perhimpunan Agung KIMMA kali ke-41 yang dirasmikan oleh YB. Datuk Se...

Selanjutnya
20 Oct 2018

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM PERCUMA

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2018 - KIMMA Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar SPM secara perc...

Selanjutnya
Papar Semua