PERUTUSAN KETUA WANITA KEBANGSAAN

 

Assalamu alaikum wbt. Salam KIMMA dan Salam 1 Malaysia. 

 

 

Selamat datang ke Laman Sesawang Rasmi Wanita KIMMA yang merupakan gerbang rasmi kepada penyampaian maklumat mengenai visi, misi dan objektif kewujudan Pergerakkan Wanita KIMMA serta perkhidmatan yang disediakan oleh pergerakan ini terhadap pembangunan wanita India Muslim dan masyarakat Malaysia.  Hasrat Presiden KIMMA Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Bin Kader untuk mengimplimentasi sesawang rasmi KIMMA adalah bagi tujuan memberi informasi yang tepat dan cepat kepada semua pengguna sama ada ahli KIMMA atau orang ramai. Selari dengan hasrat beliau,  laman web rasmi Wanita KIMMA mempunyai peranan yang amat penting sebagai pemangkin penglibatan dan kerjasama rakan strategik dalam merealisasikan pelaksanaan aktiviti dan hala tuju parti Kimma.  Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Presiden KIMMA Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Bin Kader kerana merealisasikan impian Parti KIMMA untuk mewujudkan laman sesawang rasmi KIMMA yang mantap dan berinformasi.

 

Melalui laman sesawang KIMMA, Pergerakan Wanita KIMMA  juga turut menjadi wadah perantaraan dan komunikasi dua hala bagi  wanita India Muslim dan  ahli wanita KIMMA khususnya.  Dengan adanya laman sesawang ini, masyarakat India Muslim khususnya golongan wanita akan memperolehi informasi berkenaan dengan hala tuju Pergerakan Wanita KIMMA dan aktiviti-aktivitinya.  Secara tidak langsung kita akan memperolehi maklumbalas daripada pembaca yang boleh digunakan untuk tindakan dan penambahbaikan prestasi Wanita KIMMA agar kita sentiasa mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kita kepada masyarakat.

 

Sealiran dengan era teknologi IT yang semakin canggih, maklumat akan diperolehi dengan mudah dan cepat melalui laman sesawang ini. Segala aktiviti-aktiviti dan agenda-agenda Wanita KIMMA akan dimuat naik dari masa ke semasa untuk paparan pembaca.

 

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mewujudkan satu laman sesawang yang begitu mantap di mana menjadi satu saluran rasmi kepada Wanita KIMMA berhubung dengan masyarakat.

 

Sekian, Wassalam.

 

“ PERMUAFAKATAN TERAS KEJAYAAN SESUATU PERGERAKAN”

PN. FATIMAH BINTI ZAINUDIN

KETUA WANITA KIMMA KEBANGSAAN

MERANGKAP KETUA WANITA KIMMA WILAYAH PERSEKUTUAN



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua