PENGENALAN
Pergerakan ini secara ringkasnya dikenali sebagai Sayap Wanita KIMMA adalah salah satu sayap utama di bawah naungan Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) yang merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1976 dan kini menjadi satu-satunya parti gabungan UMNO.
Keahlian Pergerakan Wanita KIMMA adalah terbuka kepada semua wanita berketurunan India Muslim (Tamil, Malayalam,Telugu,Urdhu,Pakistan)yang berumur 36 tahun dan ke atas.
Dalam jawatankuasa di peringkat kebangsaan, Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan dibantu oleh ahli-ahli Exco Wanita KIMMA Kebangsaan yang terdiri daripada Timbalan Ketua Wanita, Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ketua-Ketua Biro. Manakala di peringkat negeri pula, Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan dibantu oleh Ketua Wanita KIMMA Negeri dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA Negeri yang dilantik oleh beliau beserta dengan exco-exco Wanita KIMMA negeri.
Dalam jawatankuasa di peringkat negeri, Ketua Wanita KIMMA Negeri dibantu oleh exco-exco wanita negeri yang dilantik. Peringkat negeri juga merangkumi ketua wanita bahagian dan cawangan di bawah penyeliaan Ketua Wanita Negeri.
ARTIKEL TERKINI
13 Apr 2019
PRK N.27 RANTAU, NEGERI SEMBILANRantau, 13 April 2019 - Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Utama Hj Mohamad bin Hasan (Tok Mat) telah memenangi Pilih... Selanjutnya |
02 Mar 2019
PRK N.24 SEMENYIHSemenyih, 2 Mac - Barisan Nasional sekali lagi telah memenangi pilihanraya kecil, kali ini di Semenyih selepas kemena... Selanjutnya |
26 Jan 2019
PRK P. 78 CAMERON HIGHLANDSCameron Highlands, 26 Jan - Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi di Parlimen Cameron Highlands pada hari ini s... Selanjutnya |
MEDIA SOSIAL KIMMA