LAPORAN MISI BANTUAN BANJIR DI PANTAI TIMUR

 

Pergerakan Pemuda KIMMA Malaysia telah melancarkan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur yang diketuai oleh Ketua Pemuda KIMMA Malaysia Tuan Harrisirajudin Bin Alaudin. Pemuda KIMMA telah mengumpul barangan bernilai RM500,000.00 untuk diagihkan kepada semua negeri-negeri yang dilanda banjir untuk membantu meringankan beban yang dipikul mangsa-mangsa banjir.

 

Pada 1hb Januari 2015 Pemuda KIMMA telah memulakan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur dengan kerjasama Malindo Airlines. Sebanyak 2 tan barangan keperluan dihantar ke Kuala Terengganu dengan menggunakan pesawat Malindo Airlines yang turut bekerjasama dalam menjayakan misi ini. Misi ini diketuai oleh Presiden KIMMA Malaysia, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Bin Kader untuk melawat mangsa-mangsa banjir di Kemaman serta mengagihkan barang-barang keperluan dengan bantuan Badan Perhubungan KIMMA Negeri Terengganu.

 

Selain itu, Pergerakan Pemuda KIMMA Malaysia juga telah menghantar barangan  ke Badan Perhubungan Negeri Pahang di Mentakab. Misi ini diketua oleh Naib Ketua Pemuda KIMMA serta barisan Exco Kebangsaan. Barang-barangan ini diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang untuk diagihkan kepada kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir.

 

Pergerakan Pemuda KIMMA juga telah melancarkan tabung bantuan banjir di seluruh negara untuk dibekalkan kepada mangsa-mangsa banjir terlibat. Selain itu telah merancangan untuk mengadakan aktiviti gotong royong untuk membersihkan tempat-tempat yang teruk dilanda banjir sebagai aktiviti kemanusian membantu meringankan beban dan tanggungan yang dipikul oleh mangsa-mangsa banjir.

 

Malah Pergerakan Pemuda KIMMA juga telah merangka beberapa misi persediaan untuk menghadapi bencana banjir di pantai timur setiap tahun yang dapat membantu masyarakat di pantai timur bersedia awal menghadapi bencana alam ini yang dapat mengurangkan kesusahan yang ditimpa.



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

13 Apr 2019

PRK N.27 RANTAU, NEGERI SEMBILAN

Rantau, 13 April 2019 - Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Utama Hj Mohamad bin Hasan (Tok Mat) telah memenangi Pilih...

Selanjutnya
02 Mar 2019

PRK N.24 SEMENYIH

Semenyih, 2 Mac - Barisan Nasional sekali lagi telah memenangi pilihanraya kecil, kali ini di Semenyih selepas kemena...

Selanjutnya
26 Jan 2019

PRK P. 78 CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands, 26 Jan - Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi di Parlimen Cameron Highlands pada hari ini s...

Selanjutnya
Papar Semua