PERUTUSAN KETUA PEMUDA KEBANGSAAN

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi; selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua dapat saya sekali lagi menyampaikan sepatah dua kata.

Golongan muda merupakan tunjang dan kekuatan dalam pembangunan negara dan ketamadunan bangsa yang menentukan jatuh dan bangunnya masa depan sesebuah negara atau bangsa itu dapat dinilai melalui kualiti belia pada masa kini. Oleh itu adalah tanggungjawab kita sebagai ahli-ahli Pergerakan Pemuda KIMMA untuk bertaat setia dan berkhidmat untuk kemajuan masyarakat India Muslim di Malaysia.

Saya amat bersyukur kerana sepanjang diberikan amanah besar menerajui Pergerakan Pemuda KIMMA Malaysia. Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk, hidayah, keberanian dan kekuatan kepada saya  dan rakan-rakan seperjuangan di dalam melalui pasang surut dan cabaran perjuangan demi memartabatkan masyarakat India Muslim.

Terima kasih, atas segala sokongan padu , kematangan dan kerjasama setiap peringkat Pemuda KIMMA dari akar umbi hingga kepimpinan bahagian, negeri dan kebangsaan.Kini Pemuda KIMMA sudah berada pada tahap yang cukup mantap.

Insyallah selagi kita berpegang kepada asas dan prinsip perjuangan dan meletakkan kepentingan Parti lebih utama dari segala-galanya, maka saya yakin Pemuda KIMMA terus unggul dan mencapai tahap kepimpinan yang tinggi dalam membawa parti ke erah perjuangan.

Akhirnya, saya dan seluruh Barisan Kepimpinan Pemuda KIMMA Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan kepada kami untuk berkhidmat demi bangsa, agama dan negara.

 

Sekian, Wassalam.

TN HARISRAJUDIN BIN ALAUDIN

KETUA PEMUDA KIMMA KEBANGSAAN

MERANGKAP KETUA PEMUDA PERAK

 

 



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua