PERUTUSAN KETUA PUTERI KEBANGSAAN

 

Sekapur Sireh Seulas Pinang

 

Bismillahir-Rahman Nir-Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Perpaduan , Salam KIMMA dan Salam 1Malaysia. 

 

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara..

 

Selamat datang saya ucapkan kepada semua yang sudi melayari sesawang rasmi

Pergerakkan Puteri KIMMA Malaysia.

 

Syukur Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya terhasil juga sesawang Kongress India Muslim Malaysia (KIMMA) yang padat dengan informasi terkini.

Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma kearah mengapai hasrat sebagai Negara yang maju. Seangkatan dengan itu, kewujudan laman sesawang Kongress India Muslim Malaysia (KIMMA) akan menjadi satu landasan untuk mengukuhkan ukhwah perpaduan dan keharmonian antara pemimpin dan rakyat.

Perumpamaan hubungan manusia dengan laman sesawang adalah bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Justeru, lahirnya laman sesawang rasmi Pergerakkan Puteri KIMMA ini adalah sebagai platform untuk mengeratkan lagi ukhwah yang dibentuk antara pihak kami dan orang ramai. Laman sesawang ini akan menjadi sebuah wahana penting bagi manyampaikan motif, visi serta misi kami terhadap peningkatkan taraf hidup rakyat khususnya warga India muslim di Malaysia.

Jika dicapahkan lagi lensa perbincangan, laman sesawang ini adalah sebuah media perantaraan antara kami, Puteri KIMMA serta golongan wanita muda india muslim khususnya generasi remaja untuk mengenali serta memahami motif kewujudan parti ini. Remaja merupakan pemimpin masa depan dan kami akan cuba sedaya upaya, membanting tulang untuk merealisasikan impian parti KIMMA dalam membentuk masa depan yang sihat bagi mereka.

Dalam pada itu, saya dengan rasa kesyukuran memanjatkan ribuan terima kasih kepada Presiden KIMMA Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Bin Kader kerana sentiasa  berdiri teguh berhadapan ranjau dunia yang serba rencam ini dan tidak lekang memikirkan idea yang terbaru bagi memudahkan rakyat untuk berkomunikasi dengan pihak KIMMA. Kehadiran laman sesawang yang sarat dengan informasi ini akan menjadi sumber hebahan terkini dan tercepat yang boleh dipercayai. In syaa Allah.

Akhir kata, dalam meniti arus kemodenan dan era globalisasi yang sarat dengan cabaran zahir dan maya ini, saya berharap agar pendekatan terbaru ini akan membuahkan tindak balas yang positif daripada pihak ramai dan sekali lagi saya ingat memanjatkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terllibat dalam merealisasikan impian kami untuk melahirkan laman sesawang ini. Perlaksanaan yang jitu pasti akan melahirkan hasil yang optimum. Sebarang komen, perbincangan serta aduan amatlah dialu-alukan.

 

Perjuangan puteri bukan berkala,

Perjuangan puteri bukan sementara,

Perjuangan kami buat selama-lamanya..

Suburkanlah wasilah keikhlasan dan terokailah hikmah kebijaksanaan..

 

Sekian, terima kasih.

Wabillahiltaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

03 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM PORT DICKSON

Port Dickson, 3 Mei 2018 - Hari ini merupakan Hari Lawatan Kerja Presiden KIMMA ke Negeri Sembilan dan Melaka. P...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM LURAH BILUT

Lurah Bilut, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader hari ini turun padang ke negeri Pahang. B...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM CHEROH

Cheroh, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA telah mengadakan lawatan kerja ke PDM Cheroh, Pahang hari ini untuk melihat perke...

Selanjutnya
Papar Semua