PROGRAM/AKTIVITI

TAHUN 2018

 

MAJLIS SANTAI RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR

KIMMA Bahagian Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Santai Ramah Mesra bersama YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor pada 18 Mac 2018, Ahad di Restoran Afrin, Bandar Seri Alam. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara pemimpin Negeri Johor bersama ahli-ahli KIMMA. Ahli-ahli KIMMA dari Bahagian Pasir Gudang telah beramai-ramai menyertai majlis ini. Turut sama hadir ke majlis ini adalah Tuan Abdul Razak, Pengerusi KIMMA Negeri Johor dan juga Exco-exco KIMMA Negeri Johor.

 

 

HIMPUNAN JENTERA PEMUDA DAN PUTERI BARISAN NASIONAL MALAYSIA

Himpunan jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional Malaysia telah diadakan di IKBN Pagoh, Johor pada 10 Mac 2018 jam 10.00 pagi. Seramai lebih kurang 12000 pemuda dan puteri Barisan Nasional telah membanjiri padang IKBN. Perlancaran Jentera telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Najib Bin Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia. Turut bersama adalah YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar, Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan. 

Pergerakan Pemuda KIMMA dan Puteri KIMMA telah sama-sama menghadiri perhimpunan ini. Turut hadir, Puan Rohaini, Ketua Puteri KIMMA Malaysia, saudara Khairul Azhar Kamaldian, Ketua Penerangan Pemuda KIMMA Malaysia, Tuan Jamalludin Karim, Ketua Pemuda Negeri Sembilan merangkap Timbalan Setiausaha Pemuda KIMMA kebangsaan, Tuan Jamal Khan Bin Navihan Ketua Pemuda Pahang merangkap Exco Pemuda KIMMA Kebangsaan, Tuan Halim B Abu Bakar selaku Ketua Pemuda KIMMA Johor, barisan Exco Pemuda dan Puteri KIMMA Negeri Sembilan, KIMMA Negeri Pahang. KIMMA Negeri Johor juga telah membawa seramai 70 orang peserta motorsikal dari KIMMA Johor. SEDIA! GEMPUR!

 

 

TAKLIMAT KHAS PRU 14 PEMUDA BN JOHOR

Taklimat PRU 14 Pemuda BN Johor bersama parti komponen BN telah disampaikan oleh Penasihat Khas Menteri Besar Johor Prof Dr. Razak pada 5 Februari 2018 di Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru. Taklimat telah dihadiri oleh Exco Pemuda KIMMA Johor, Pengerusi KIMMA Johor, Tuan Abdul Razak dan Tuan Sulaiman, Timbalan Pengerusi KIMMA Johor. 

 

TAKLIMAT KHAS PRU 14 KIMMA NEGERI JOHOR

Taklimat Khas Persediaan PRU 14 KIMMA Negeri Johor telah diadakan pada 27 Januari 2018 di Silka Hotel Johor Bahru. Taklimat telah disampaikan oleh Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader kepada EXCO-EXCO dan Ketua-ketua Bahagian KIMMA Negeri Johor.

 

TAHUN 2016

 

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN ANJURAN PARLIMEN SEMBRONG SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI

Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan telah dianjurkan oleh Parlimen Sembrong sempena Sambutan Deepavali  pada 23 Oktober 2016. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Terbuka Taman Kota Paloh, Johor bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang. Tuan Idros, Ketua Cawangan KIMMA Sembrong telah menghadiri undangan ini bersama En Mohamad, AJK KIMMA Cawangan Sembrong dan AJK yang lain.

 

 

MAJLIS SANTAI PEMUDA KIMMA JOHOR

Majlis Santai Pemuda KIMMA Negeri Johor telah dianjurkan oleh YBhg. Dato' Shahul Hamid, Penasihat merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Johor pada 14 Oktober 2016 bermula jam 8.00 malam di Restoran Straits Garden Seafood, Danga Bay. Majlis dihadiri oleh Tuan Abdul Halim, Ketua Pergerakan Pemuda KIMMA Negeri Johor dan semua barisan Pemuda KIMMA Bahagian Negeri Johor. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah bagi menguatkan barisan Pemuda KIMMA Negeri Johor serta mengeratkan tali silaturrahim. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Raffi, Pengerusi KIMMA Negeri Johor dan Tuan Abdul Razak, Setiausaha KIMMA Negeri Johor.

 

 

MESYUARAT KHAS PRESIDEN KIMMA BERSAMA AHLI JAWATANKUASA DAN KETUA-KETUA CAWANGAN KIMMA NEGERI JOHOR

Mesyuarat Khas Badan Perhubungan KIMMA Negeri Johor bersama Presiden KIMMA telah diadakan pada 7 Oktober 2016 bermula jam 8.30 malam. Mesyuarat telah dihadiri oleh Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan, Tuan Hussein dan semua barisan Ahli Jawatankuasa KIMMA Negeri Johor dan juga Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan KIMMA Negeri Johor.

 

MESYUARAT PARTI-PARTI KOMPONEN BN PARLIMEN SEMBRONG

Mesyuarat Parti-parti Komponen BN Parlimen Sembrong, KIMMA diwakili Ketua Bahagian Sembrong, En Sulaiman A Ali Mohd. Beliau telah hadir bersama 6 orang AJK KIMMA Sembrong. Mesyuarat telah diadakan pada 09hb Oktober 2016 di Pejabat UMNO Bahagian Sembrong, Johor.

 

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU QURBAN

Majlis penyerahan lembu Qurban oleh Ketua Bahagian En. Sulaiman bin A Ali Mohd, Timbalan Ketua Bahagian En. Idrus bin Kunjar Hameed, Setiausaha Bahagian En. Yunus Bin Hj. Maidin dan AJK En. Mohamed Bin Kunjar Hameed kepada YB. Dato Seri Hishammudin bin Tun Hussien Onn, Ketua Bahagian UMNO Sembrong merangkap Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Pertahanan Malaysia bagi ibadah Qurban pada 12hb September 2016.

 

MESYUARAT PARTI-PARTI KOMPONEN BN PARLIMEN KLUANG

KIMMA Bahagian Kluang telah dijemput menghadiri Mesyuarat Parti-parti Komponen BN Parlimen Kluang pada 12 Ogos 2016. Ketua KIMMA Bahagian Kluang En Abd Razak telah hadir bersama-sama 6 orang Jawatankuasa KIMMA. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Datuk Md Sarday, Pengerusi BN Parlimen Kluang.

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2016 MCA BAHAGIAN KLUANG

KIMMA Bahagian Kluang telah dijemput ke Mesyuarat Agung MCA Bahagian Kluang bersama-sama Parti-parti Komponen BN Parlimen Kluang, yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia, pada 12hb September 2016, jam 3.30 petang. Tuan Abdul Razak, Ketua Bahagian KIMMA Kluang hadir bersama Ketua Penerangan, Ketua Wanita & Timbalan Ketua Wanita KIMMA Bahagian Kluang.

 

 

 

MAJLIS DOA SELAMAT KIMMA KLUANG - 14 OGOS 2016

Majlis Doa Selamat KIMMA Bahagian Kluang telah diadakan pada 14 Ogos 2016. Majlis disempurnakan oleh Ketua Bahagian KIMMA Kluang En Abd Razak Bin Hj Abd Kadir.

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI JOHOR

Badan Perhubungan KIMMA Negeri Johor telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 17 Julai 2016 yang dihadiri oleh semua AJK KIMMA Negeri Johor.

 

 

ADUN PALOH MELAWAT RUMAH MANGSA ROMPAKAN

Kunjungan YB. Teo, Adun Paloh Parlimen Sembrong bersama En.Sulaiman A.Ali Mohd, Ketua Bahagian KIMMA Sembrong serta Jawatankuasa KIMMA Bahagian Sembrong dan KIMMA Cawangan Bandar Paloh ke rumah mangsa (India Muslim) rompakan. Dua orang adik-beradik perempuan yang bernama Fatimah dan Rokieh binti Minden warga emas yang juga merupakan O.K.U yang menetap di Kg Muhibbah, Kluang, Johor telah dirompak di dalam rumah mereka sendiri pada 3hb September 2016 oleh dua remaja dan masih dalam siasatan polis. YB. Teo juga ada memberikan sumbangan kilat serta akan memaklumkan kepada JKM untuk tindakan susulan. Beliau juga mohon kerjasama dengan pihak Polis Paloh agar dapat membuat siasatan dan tangkapan terhadap kes yang dilaporkan.

 

 

 

PELANCARAN GERAK BARISAN NASIONAL 2016 DI SEMBRONG

 

 

BANTUAN HARI RAYA ANJURAN YAKIN DENGAN KERJASAMA KIMMA NEGERI JOHOR

Badan Perhubungan KIMMA Negeri Johor telah menyampaikan bantuan Hari Raya sumbangan dari Yayasan Kemajuan Islam Nasional pada 29 dan 30 Jun 2016 kepada 23 buah keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan diberikan berbentuk wang tunai RM100.00 dan juga barangan makanan berjumlah RM100.00.

 

 

SUMBANGAN BANTUAN RAMADHAN KIMMA BAHAGIAN KLUANG

Pada 24 Jun 2016 yang lalu, KIMMA Bahagian Kluang, Johor telah menyampaikan Bantuan Ramadhan kepada keluarga kurang berkemampuan. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Abdul Razak, Setiausaha KIMMA Negeri Johor diiringi EXCO KIMMA Bahagian Kluang.

 

 

AGIHAN BUBUR LAMBUK DI MUAR

Jawatankuasa dan ahli KIMMA Bahagian Muar telah mengagihkan sumbangan bubur lambuk kepada penduduk Muar, Johor sepanjang bulan Ramadhan. Sumbangan ini akan berterusan sehingga tamat Ramadhan. Alhamdulillah sumbangan bubur lambuk ini telah ditaja oleh Ketua Bahagian Muar, Tuan Abdul Ghafar. Tuan Haji Mohamad Raffi, Pengerusi KIMMA Negeri Johor turut hadir memeriahkan majlis.

 

 

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL - 9 FEBRUARI 2016



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

03 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM PORT DICKSON

Port Dickson, 3 Mei 2018 - Hari ini merupakan Hari Lawatan Kerja Presiden KIMMA ke Negeri Sembilan dan Melaka. P...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM LURAH BILUT

Lurah Bilut, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader hari ini turun padang ke negeri Pahang. B...

Selanjutnya
02 May 2018

LAWATAN KERJA PRESIDEN KIMMA KE PDM CHEROH

Cheroh, 2 Mei 2018 - Presiden KIMMA telah mengadakan lawatan kerja ke PDM Cheroh, Pahang hari ini untuk melihat perke...

Selanjutnya
Papar Semua