PROGRAM/AKTIVITI

TAHUN 2016

 

 

 

MERAIKAN KUNJUNGAN KETUA PEMUDA CONGRESS KERALA STATE, INDIA KE MELAKA - 16 OKTOBER 2016

 

 

MERAIKAN PENERIMA PINGAT SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

Tuan Tayabu, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Melaka bersama-sama Ahli Jawatankuasa KIMMA Negeri Melaka telah meraikan Tuan Haji Moidu (Mantan Pengerusi KIMMA Negeri Melaka) di atas penganugerahan Pingat Kebesaran Bintang Cemerlang Melaka (BCM) sempena Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob yang ke-78 pada 14 Oktober 2016.

 

Tuan Haji Hanifa telah dikurniakan Pingat Kebesaran Bintang Khidmat Terpuji (BKT) bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob yang ke-78 pada 14 Oktober 2016 di Seri Negeri Melaka.

 

 

LAWATAN & KUNJUNGAN MESRA

Lawatan dan Kunjungan  Mesra oleh Skuad Kebajikan Melaka diketuai Tn Haji Hanifah dan Ahli Jawatankuasa  KIMMA  Melaka ke rumah  Pn Sharifah bte Sharip Ketua Wanita Alor Gajah pada 13-10-2016.

 

 

LAWATAN & KUNJUNGAN MESRA

Lawatan dan Kunjungan  Mesra oleh Skuad Kebajikan Melaka diketuai Tn Haji Hanifah dan Ahli Jawatankuasa  KIMMA  Melaka ke rumah En. Abdul Rahman Ketua Bahagian Gadek  Alor Gajah pada 13-10-2016

 

MESYUARAT KHAS PRESIDEN KIMMA BERSAMA JAWATANKUASA & KETUA CAWANGAN KIMMA NEGERI MELAKA

Pada 8 Oktober 2016 bermula jam 10.00 pagi telah diadakan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan KIMMA Negeri Melaka Presiden KIMMA, YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader bersama Pengerusi Negeri, Jawatankuasa KIMMA Negeri dan Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan KIMMA Negeri Melaka. Mesyuarat telah diadakan di Restoran Subaidah, MITC Ayer Keroh, Melaka. Turut menghadiri mesyuarat adalah Tuan Hussein, Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan dan Tuan Ghazali, Timbalan Setiausaha Agung KIMMA Kebangsaan.

 

IBADAH QURBAN KIMMA NEGERI MELAKA ANJURAN YAYASAN KEMAJUAN ISLAM NASIONAL

 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEBAJIKAN - 31 OGOS 2016

Skuad Kebajikan KIMMA Negeri Melaka yang diketuai oleh Tuan Hj Hanifah telah menyampaikan bantuan barangan dapur sumbangan YAKIN dan KIMMA Melaka kepada keluarga yang kurang berkemampuan dari Cawangan KIMMA Kesang Indah Jasin. Sumbangan telah disampaikan pada 31hb Ogos 2016.

 

 

PERJUMPAAN DENGAN KETUA MENTERI MELAKA

YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Presiden KIMMA bersama dengan Tuan Tayabu, Pengerusi KIMMA Negeri Melaka serta Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan KIMMA Negeri Melaka telah menghadiri satu perjumpaan khas bersama Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka pada 17HB oGOS 2016 jam 4.00 petang di pejabat beliau.

 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEBAJIKAN - 4 OGOS 2016

Skuad Kebajikan KIMMA Negeri Melaka diketuai Tn Hj Hanifa,Pn Hjh Zahirah,Wanita KIMMA  Ketua Caw.KIMMA Gadek Alor Gajah Tn Abdul Rahman melawat dan memberi bantuan bungkusan makanan dari YAKIN KIMMA kepada keluarga En.Abdul Karim bin Ma'adin di Tabuh Naning Alor Gajah,Melaka pada 4/8/16.

 

 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEBAJIKAN - 31 JULAI 2016

Skuad Kebajikan Melaka telah mengagihkan sumbangan bantuan kebajikan daripada Yayasan Kemajuan Islam Nasional kepada 3 keluarga yang kurang berkemampuan dari Alor Gajah dan Gadek pada 31 Julai 2016.

 

 

SEMINAR PELAJAR SPM 2016 SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN, KIMIA, FIZIK DAN BIOLOGI

Badan Perhubungan KIMMA Negeri Melaka telah menganjurkan Program Seminar SPM Subjek Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi di Dewan Krishna Balaram, Ayer Keroh, Melaka pada 23 dan 24 Julai 2016 melibatkan Pelajar SPM seluruh Negeri Melaka.

 

KUNJUNGAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA YB. SENATOR TAN SRI MOHD ALI BIN RUSTAM

 

 

KUNJUNGAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA - MUFTI MELAKA

 

 

KUNJUNGAN HARI RAYA YB. DATUK NG CHOON KIM ADUN BEMBAN KE RUMAH KETUA CAWANGAN KIMMA KESANG INDAH & AYER MERBAU

 

 

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN 1437H ANJURAN PERGERAKAN PEMUDA KIMMA NEGERI MELAKA

 

 

MAJLIS IFTAR & KHATAM AL-QURAN ANJURAN PERSATUAN INDIA MUSLIM MELAKA

EXCO KIMMA Negeri Melaka telah dijemput menghadiri Majlis Iftar dan Khatam Al Quran anjuran Persatuan India Muslim Melaka di Surau India Muslim Melaka di Bandar Kaba Melaka. Majlis telah diadakan pada 03 Julai 2016 jam 6.45 petang dan dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj Latif bin Datuk Hj Tambi Chik ADUN Teluk Mas.

 

 

 

PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA - 5 JULAI 2016

 

 

PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA - 3 JULAI 2016

 

 

PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA - 2 JULAI 2016

 

 

 

PROGRAM MENGHAFAZ SURAH PENYULUH MAHSYAR

Pergerakan Puteri KIMMA Negeri Melaka telah menganjurkan Program Menghafaz Surah Penyuluh Mahsyar pada 26 Jun 2016 bertempat di Pejabat KIMMA Air Keroh.

 

 

MAJLIS BANTUAN HARI RAYA KIMMA NEGERI MELAKA

Pada 24 Jun 2016 jam 3.00 petang, Badan Perhubungan KIMMA Negeri Melaka dengan kerjasama Sinar Jernih Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan kepada Keluarga India Muslim. Majlis telah diadakan di Pejabat Sinar Jernih Bhd, Batu Berendam Melaka dan seramai 30 keluarga telah menerima bantuan. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Tayabu, Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri Melaka serta EXCO KIMMA Negeri Melaka.

 

MAJLIS BANTUAN HARI RAYA PERSATUAN MALABARI MELAKA

Timbalan Pengerusi KIMMA Melaka dan Penolong Setiausaha KIMMA Melaka telah menghadiri Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya Persatuan Malabari Melaka di Masjid Tanah, Melaka pada 24 Jun 2016 pukul 5.00 petang.



Print

MEDIA SOSIAL KIMMA

PAUTAN KIMMA

Profil Presiden Buletin KIMMA Lagu KIMMA Logo KIMMA Teks Ucapan

ARTIKEL TERKINI

20 Jul 2016

PEMBERIAN DUIT RAYA ADALAH SATU TRADISI; JANGAN CUBA SENTUH SENSITIVI KEAGAMAAN – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA pada hari ini telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Mi...

Selanjutnya
20 Jul 2016

PENUBUHAN PARTI BARU TUN M TIADA HALA TUJU - PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Mengenai khabar penubuhan parti baharu oleh pakatan baru yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malay...

Selanjutnya
17 Jul 2016

AMBIL ALIH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KIMMA NEGERI SELANGOR – PRESIDEN KIMMA

Kuala Lumpur : Presiden KIMMA telah mengumumkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA kali ke-9 pada 16 Julai 201...

Selanjutnya
Papar Semua